KOTA KINABALU 20 April - Malayan Banking Bhd. (Maybank) yang merupakan ejen terbesar dan terbanyak dalam agihan jualan unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) menyasarkan untuk meningkatkan jualan unit amanah itu kepada RM120 juta sepanjang 10 hari berlangsungnya Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2012.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, jualan itu menyaksikan peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding yang dijual sebanyak RM100 juta pada MSAM di Perak tahun lalu.
''Sasaran ini tinggi dan kami yakin dengan pakej terbaik yang kami ada, Maybank mampu mencapai sasaran tersebut," katanya ketika ditemui selepas pelancaran kad debit Manchester United di tapak pameran MSAM 2012 di sini hari ini.
Abdul Wahid berkata, Maybank kini menguasai 70 peratus jualan ASB di kalangan ejen-ejen yang dilantik oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB).
Selain Maybank, ASNB juga melantik beberapa bank lain sebagai ejennya termasuk CIMB Bank dan RHB Bank serta semua pejabat Pos Malaysia.
Bagaimanapun, Abdul Wahid enggan mendedahkan jumlah keseluruhan jualan ASB oleh Maybank.
Mengulas mengenai segmen kad, beliau berkata, Maybank sedang agresif untuk meningkatkan penggunaan kad debit yang kini menyaksikan pertumbuhannya sebanyak 30 peratus dalam industri.
Katanya, berbanding dengan kad kredit, penembusan kad debit masih lagi perlahan.
''Sebagai peneraju dalam segmen ini, kami mahu meneroka potensi pertumbuhan kad debit dengan strategi-strategi yang ada," ujar beliau.
Tambah beliau, transaksi kad debit Maybank adalah sebanyak RM400 juta sebulan manakala kad kredit RM2 bilion.
1 comment:
JAMOKI-KOKI - Casino in Jakarta - JM Hub
JAMOKI-KOKI 김해 출장샵 is located in Jakarta. This is an 광주 출장마사지 international Casino. All slots, 익산 출장마사지 table games, live casino, lottery 강원도 출장샵 and entertainment 경상북도 출장안마
Post a Comment