Friday, March 23, 2012

Jumlah Maksima Pelaburan Amanah Saham Bumiputera

Persoalan yang selalu ditanya oleh orang ramai. Jumlah maksima deposit adalah RM200,000. Bagaimanapun, jika akaun ASB anda telah menerima dividen dan bonus sampai RM50,000 dan baki buku anda sudah melebihi RM200,000, anda boleh melabur lagi dalam RM50,000.

Apa akan terjadi dengan dividen dan bonus yang diterima setelah buku ASB anda telah mencapai amaun maksima? Ia akan bertukar ke unit secara automatik dan tahap maksima baki akaun ASB anda akan berubah. Jika anda tinggalkan sahaja RM200k dalam ASB, setelah 10 tahun, baki anda mungkin sudah bertukar ke RM1 juta iaitu baki terkumpul.

Bagi anda yang sudah mencapai tahap maksima RM200k, tahniah. Bagi yang belum, berusaha menyimpan lagi.

No comments: