Tuesday, April 24, 2012

Maybank sasar menjual RM120juta saham ASB

KOTA KINABALU 20 April - Malayan Banking Bhd. (Maybank) yang merupakan ejen terbesar dan terbanyak dalam agihan jualan unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) menyasarkan untuk meningkatkan jualan unit amanah itu kepada RM120 juta sepanjang 10 hari berlangsungnya Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2012.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, jualan itu menyaksikan peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding yang dijual sebanyak RM100 juta pada MSAM di Perak tahun lalu.

''Sasaran ini tinggi dan kami yakin dengan pakej terbaik yang kami ada, Maybank mampu mencapai sasaran tersebut," katanya ketika ditemui selepas pelancaran kad debit Manchester United di tapak pameran MSAM 2012 di sini hari ini.

Abdul Wahid berkata, Maybank kini menguasai 70 peratus jualan ASB di kalangan ejen-ejen yang dilantik oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB).

Selain Maybank, ASNB juga melantik beberapa bank lain sebagai ejennya termasuk CIMB Bank dan RHB Bank serta semua pejabat Pos Malaysia.

Bagaimanapun, Abdul Wahid enggan mendedahkan jumlah keseluruhan jualan ASB oleh Maybank.

Mengulas mengenai segmen kad, beliau berkata, Maybank sedang agresif untuk meningkatkan penggunaan kad debit yang kini menyaksikan pertumbuhannya sebanyak 30 peratus dalam industri.

Katanya, berbanding dengan kad kredit, penembusan kad debit masih lagi perlahan.

''Sebagai peneraju dalam segmen ini, kami mahu meneroka potensi pertumbuhan kad debit dengan strategi-strategi yang ada," ujar beliau.

Tambah beliau, transaksi kad debit Maybank adalah sebanyak RM400 juta sebulan manakala kad kredit RM2 bilion.

Wednesday, April 11, 2012

PNB Melabur Dalam Hartanah Luar Negara

image KOTA BHARU 10 April - Langkah Permodalan Nasional Bhd. (PNB) membeli hartanah di luar negara adalah berikutan jangkaan bahawa ia memberi pulangan balik yang menguntungkan.

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, sebelum ini, PNB menumpukan perhatian dalam bidang pelaburan ekuiti.

Hartanah yang dibeli di luar negara itu ialah Santos Place di Brisbane, Australia dan tiga lagi di London iaitu One Exchange di Liverpool Street, 90 High Holborn, dan Milton and Shire House di Silk Street, Central London.

image

"Dulu memang tumpuan dan fokus PNB hanya pada pelaburan ekuiti tetapi kini kami menceburi bidang hartanah kerana ia dijangka mampu memberi pulangan stabil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Program Transformasi Ekonomi: Peluang dan Cabaran Wilayah Timur di sini hari ini.

Program itu dianjurkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Majlis Profesor Negara (MPN).

Mengenai forum itu, Hamad Kama Piah, yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, berharap gabungan tenaga pemikir dari kalangan profesor dan pakar ekonomi dapat membantu menjayakan program transformasi ekonomi Wilayah Timur.

Sementara itu, Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan MPN Profesor Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali berkata kira-kira 1,700 profesor yang menganggotai MPN dari semua pusat pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini mampu memberi khidmat kepakaran dalam bidang masing-masing untuk memajukan ekonomi negara. - BERNAMA

Amanah Hartanah Bumiputera Beri 3.25% Pulangan!

image KUALA LUMPUR 10 April - Pelaburan Hartanah Bhd. (PHB) telah mengisytiharkan agihan pendapatan interim 3.25 sen seunit yang akan melibatkan anggaran pembayaran berjumlah RM32 juta kepada pemegang-pemegang Unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Mac lepas.

Menurut anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) dan Mayban Investment Management Sdn. Bhd. (Mayban Investment Management) itu, kadar itu bersamaan dengan 6.50 peratus kadar pulangan tahunan apabila ditanda aras terhadap pendapatan 12 bulan Akaun-i Pelaburan Am, Maybank Islamic Bhd.

Syarikat itu menyatakan, agihan pendapatan AHB, akan dibuat pada setiap enam bulan bagi tempoh berakhir 31 Mac dan 30 September setiap tahun dan pembayaran pertama tahun ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun-akaun bank pemegang unit.

Kata syarikat itu lagi, pembayaran itu merupakan agihan pendapatan yang ketiga dibuat oleh AHB kepada pemegang-pemegang unit amanahnya dengan tahun lepas, sejumlah RM50 juta telah dibayar - RM19 juta untuk agihan pendapatan pertama dan RM31 juta untuk agihan pendapatan kedua.

Sejak diperkenalkan pada November 2010 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, AHB telah mendapat sambutan menggalakkan dengan satu bilion unit telah dilanggan.

AHB adalah dana yang pertama seumpamanya ditawarkan di negara ini dengan menawarkan harga tetap RM1.00 seunit.

Ia merupakan dana unit amanah bersandarkan hartanah patuh syariah yang membolehkan pelabur-pelabur bumiputera menyertai pemilikan aset hartanah dengan pelaburan permulaan minimum RM500.

Dana itu telah mengisytiharkan agihan pendapatan pertamanya sebanyak 2.17 sen untuk tempoh kira-kira empat bulan berakhir 31 Mac 2011, dividen 3.25 sen seunit untuk tempoh enam bulan berakhir 30 September 2011.

Untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2012, agihan pendapatan interimnya ialah 3.25 sen seunit (bukannya RM3.25 sen seperti yang dilaporkan akhbar hari ini).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Datuk Kamalul Arifin Othman berkata, PHB kini sedang berusaha mengembangkan saiz dana itu bagi memupuk kesaksamaan pemilikan bumiputera dalam bidang hartanah komersial perdana di negara ini.

Beliau berkata, untuk memastikan portfolio PHB kekal kompetitif, inisiatif-inisiatif yang padu telah dilaksanakan secara aktif untuk memperoleh gabungan hartanah-hartanah yang lebih dinamik.

"Kami juga telah melancarkan aktiviti-aktiviti seperti Program Peningkatan Aset untuk menambahbaik bangunan-bangunan kami bagi memastikan portfolio-portfolio di bawah PHB terus mengekalkan tarikan dan nilainya di dalam pasaran," katanya dalam kenyataan akhbar.

AHB diuruskan oleh Mayban Investment Management, ditaja oleh PHB sementara pemegang amanah Dana ini adalah AmanahRaya Trustees Bhd..

Sunday, March 25, 2012

Bank Rakyat Beri Pulangan 20% kepada pemegang saham

image

Kepada yang bernasib baik mempunyai saham Bank Rakyat, tahniah Bank Rakyat mengumumkan 15% dividen tunai dan 5% bonus dalam bentuk share dividen.

Memang pulangan lebih tinggi dari ASB jika berpeluang membeli sahamnya.

Friday, March 23, 2012

Rekod Pendapatan Agihan Amanah Saham Bumiputera

Berikut adalah agihan setakat tahun ini 2012 untuk semua.

image

Bawah adalah jumlah keseluruhan agihan sejak ASB diwujudkan pada tahun 1990.

Year Dividend (sen) Bonus (sen) Total (sen)
1990 8.00 6.00 14.00
1991 8.50 4.00 12.50
1992 7.50 5.00 12.50
1993 9.00 4.50 13.50
1994 9.50 4.50 14.00
1995 10.00 3.00 13.00
1996 10.25 3.00 13.25
1997 10.25 1.25 11.50
1998 8.00 2.50 10.50
1999 8.50 1.50 10.00
2000 9.75 2.00 11.75
2001 7.00 3.00 10.00
2002 7.00 2.00 9.00
2003 7.25 2.00 9.25
2004 7.25 2.00 9.25
2005 7.25 1.75 9.00
2006 7.30 1.25 8.55
2007 8.00 1.00 9.00
2008 7.00 1.75 8.75
2009 7.30 1.25 8.55
2010 7.50 1.25 8.75
2011 7.65 1.15 8.80

Can I use ASB for Home Loan Application?

Yes you can.

To apply for your home loan, for employed persons, you must furnish 3 months of salary slip and also proof of tax submission. However, to strengthen your case, you can also photocopy your ASB book as proof of your financial worthiness.

Best to photocopy at least 3 years of ASB transactions to them to show proof you didn’t just deposit RM200,000 in the last minute.

A large savings in ASB just provides proof to the bank that you are stable and have financial backing in case you lose your job or anything else.

Good luck and happy purchasing your new home.

Jumlah Maksima Pelaburan Amanah Saham Bumiputera

Persoalan yang selalu ditanya oleh orang ramai. Jumlah maksima deposit adalah RM200,000. Bagaimanapun, jika akaun ASB anda telah menerima dividen dan bonus sampai RM50,000 dan baki buku anda sudah melebihi RM200,000, anda boleh melabur lagi dalam RM50,000.

Apa akan terjadi dengan dividen dan bonus yang diterima setelah buku ASB anda telah mencapai amaun maksima? Ia akan bertukar ke unit secara automatik dan tahap maksima baki akaun ASB anda akan berubah. Jika anda tinggalkan sahaja RM200k dalam ASB, setelah 10 tahun, baki anda mungkin sudah bertukar ke RM1 juta iaitu baki terkumpul.

Bagi anda yang sudah mencapai tahap maksima RM200k, tahniah. Bagi yang belum, berusaha menyimpan lagi.

ASB or Public Mutual?

This is the question I always hear from friends and family. Here are a few points for your info.

ASB

1. Consistent returns of between 7% to 8% per annum.
2. Guaranteed by the government of Malaysia
3. Limited up to RM200,000 deposit
4. Limited to Bumiputera only
5. Can withdraw anytime at Pos Malaysia, Maybank, CIMB, RHB and PNB offices
6. Harus for Muslim investors

Public Mutual

1. Returns can go up to 30% per annum
2. Can also make a loss out of investment
3. Not guaranteed by government but backed by a stable bank ie Public Bank
4. Amount not limited
5. Open to everyone
6. Can withdraw at any Public Bank
7. Can choose Halal trust

Personally, I would have a combination of ASB and Public Mutual investments.

Maybank ASB Loan

Here is the info on ASB Loan offered by Maybank. I got the info of their website. You can go there for more info.
Eligibility
  • Individuals who are between the ages of 18 and 60 years old
  • Bumiputera
Loan Amount
  • Min loan amount : RM10,000
  • Max loan amount : Up to RM400,000 per borrower, at any one time including the balance outstanding of the existing ASB loans (if any), or up to the maximum investment amount allowed by ASNB, whichever lower
Margin of Advance
For loan amount up to RM200,000
  • Up to 100% of nominal value of ASB units
  • Up to 105%, inclusive of the GASBRTA
For loan amount above RM200,000, at any one time
  • Up to 95% of nominal value of ASB units
  • Up to 100%, inclusive of the GASBRTA
Loan Tenure
  • Up to 25 years or
  • Up to age 60, whichever is earlier
Pricing
  • Loan below 30,000
    BLR - 1.35 % (for 1st 3 years)
    BLR - 1.30 % (thereafter)
  • Loan RM30,000 & above
    BLR - 1.65% (throughout loan tenure)

View the monthly instalment repayment schedule

Repayment Frequency
  • Monthly
Repayment Option
  • Single installment only
Mode of Installment Payment
  • Variable Standing Instruction (VSI)
ASB Income Distribution & Bonus Earned
  • Automatically credited into the respective ASB unit holder's account
  • ASB financial year ends December 31
Required Documents
    1. Application form
    2. Photocopy of Identity Card
    3. Photocopy of latest 3 months pay slip/other proof of income e.g : Bank account statement
    4. Photocopy of ASB Passbook (for existing ASB unitholder customers)

For further details, visit your nearest branch today!

* Please call during office hours (Mon to Thurs: 9.00am - 5.45pm, Fri: 9.00am - 4.45pm). Terms & Conditions apply.