Wednesday, April 11, 2012

PNB Melabur Dalam Hartanah Luar Negara

image KOTA BHARU 10 April - Langkah Permodalan Nasional Bhd. (PNB) membeli hartanah di luar negara adalah berikutan jangkaan bahawa ia memberi pulangan balik yang menguntungkan.

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, sebelum ini, PNB menumpukan perhatian dalam bidang pelaburan ekuiti.

Hartanah yang dibeli di luar negara itu ialah Santos Place di Brisbane, Australia dan tiga lagi di London iaitu One Exchange di Liverpool Street, 90 High Holborn, dan Milton and Shire House di Silk Street, Central London.

image

"Dulu memang tumpuan dan fokus PNB hanya pada pelaburan ekuiti tetapi kini kami menceburi bidang hartanah kerana ia dijangka mampu memberi pulangan stabil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Program Transformasi Ekonomi: Peluang dan Cabaran Wilayah Timur di sini hari ini.

Program itu dianjurkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Majlis Profesor Negara (MPN).

Mengenai forum itu, Hamad Kama Piah, yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, berharap gabungan tenaga pemikir dari kalangan profesor dan pakar ekonomi dapat membantu menjayakan program transformasi ekonomi Wilayah Timur.

Sementara itu, Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan MPN Profesor Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali berkata kira-kira 1,700 profesor yang menganggotai MPN dari semua pusat pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini mampu memberi khidmat kepakaran dalam bidang masing-masing untuk memajukan ekonomi negara. - BERNAMA

No comments: