Monday, December 15, 2008

'Harus' to invest in ASB & ASN

For fellow Muslims, here's information that'll clear the air regarding your life savings in ASB. Whether can or not...

In summary, it's okay to invest your money in ASB. And it's okay to use it for Hajj. And yes, you have to pay zakat for all your investments in ASB. No running away folks.

No English translation, so I just took it from JAKIM website here.
Harus Melabur Dalam ASN dan ASB


Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-80 bermula pada 1 hingga 3 Februari 2008 telah memutuskan bahawa Hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.


Oleh itu, umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu merasa ragu-ragu terhadap status pelaburan yang telah dibuat serta dividen atau bonus yang telah diterima.


Seramai 15 orang ahli Jawatankuasa hadir pada muzakarah kali ini dan sebanyak sebelas (11) kertas kerja telah dibincangkan pada muzakarah kali ini.


Turut hadir pada muzakarah ini ialah Timbalan-timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pengarah Bahagian Keurusetiaan dan Perhubungan Antarabangsa JAKIM. Muzakarah kali ini juga turut menjemput pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri untuk memperjelaskan isu ASN dan ASB.


Sementara itu, Pengerusi JKF, Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin dalam ucapan aluannya berharap Jawatankuasa ini akan berperanan dengan lebih berkesan agar impak dari penubuhan Jawatankuasa dapat dimanfaatkan oleh semua pihak dan akan sentiasa menjadi rujukan seluruh masyarakat Islam dalam dan luar negara.

1 comment:

Unknown said...

Assalamu'alaikum.

Saya ingin kepastian bagaimanakah cara pengiraan zakat yang betul terhadap duit yang kita laburkan didalam ASB, ASD & ASW2020. Sebagai contoh bagi pengiraan dibawah: untuk tahun 2008, baki minima dalam akaun ASD adalah RM10,000 & dividen tahunan yang diterima adalah RM700.

1. Mengikut sesetengah pendapat, duit yang kita laburkan didalam ASB, ASD & ASW2020 adalah dianggap sebagai duit simpanan. Jadi, cara pengiraannya adalah dari baki minima tahunan (tanpa mengambil kira dividen yang akhir sekali sebab belum cukup haul lagi). Baki minima tahunan itu kemudiannya didarab 2.5% untuk dikeluarkan zakat bagi tahun tersebut. Untuk contoh ini, zakat yang perlu dibayar adalah 2.5% dari baki minima tahunan (RM10,000) iaitu RM250.

2. Tetapi akhir2 ini, saya ada terjumpa sesetengah pendapat yang lain. Disebabkan bahawa niat kita letak duit didalam ASB, ASD & ASW2020 itu adalah untuk pelaburan/perniagaan, maka hanya dividen/keuntungan yang kita dapat dari pelaburan/perniagaan itu sahaja yang perlu dizakatkan. Duit yang kita laburkan itu adalah duit pokok, iaitu modal pusingan yang tidak perlu dizakatkan. Untuk contoh ini, zakat yang perlu dibayar adalah 2.5% dari keuntungan/dividen atas pelaburan/perniagaan tersebut (RM700) iaitu RM17.50.

Sebagai perbandingan, zakat yang dibayar oleh Tabung Haji juga adalah zakat perniagaan. Jikalau kita lihat dimukasurat akhir Buku Akaun Simpanan Tabung Haji, ada dinyatakan di item #2, "Zakat: Zakat perniagaan dibayar bagi pihak pendeposit". Maknanya, boleh kita buat kesimpulan juga bahawa duit yang dilaburkan di Tabung Haji adalah dianggap sebagai perniagaan dan oleh itu zakat yang dikenakan adalah zakat perniagaan. Cuma bezanya disini, zakat perniagaan itu telah dibayar oleh Tabung Haji bagi pihak pendeposit; manakala zakat keatas pelaburan ASB, ASD & ASW2020 perlu dibayar sendiri oleh pendeposit. Advantage untuk pembayaran zakat sendiri keatas ASB, ASD & ASW2020 adalah, apabila kita bayar sendiri, kita boleh dapat resit dari lembaga/pusat zakat dan seterusnya dapat rebet dari cukai pendapatan. Zakat yang dibayar bagi pihak kita oleh Tabung Haji tiada resit dan seterusnya tiada rebet dari cukai pendapatan.

Selama ini, saya membayar zakat keatas ASB, ASD & ASW2020 mengikut cara yang pertama diatas. Tetapi, dengan adanya pendapat ke-2 itu, membuatkan saya berasa curiga & was-was... adakah patut saya mengikut cara yang ke-2 itu? Diharap pihak tuan/puan dapat jelaskan cara pengiraan yang mana lebih tepat diantara 2 cara diatas.

Sekian, terima kasih.